-->

just me & U

TONY BLAIR baca AL-QURAN setiap hari...????



assalamualaikum :) 
korang pernah tak dengar cerita pasal Tony Blair yang baca al-Quran setiap hari..??
piqa sendiri pon tak pernah dengar cerita pasal ni.. :)
dan sekarang piqa nak share gan korang pasal cerita ni..jom kita baca jom...

petikan kat bawah ni datang dari surat khabar mana ntah..(piqa tak pasti la surat khabar apa..) 

LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.

Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.
Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.

Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.

“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.
Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.

Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM

                                        gambar ~ 1   
LAUREN..adik ipar Blair yang memeluk Islam tahun lalu.
LAUREN:: adik ipar Blair yang memeluk Islam tahun lalu...

gambar ~ 2
BLAIR...anggap Islam agama yang indah.
BLAIR:: anggap ISLAM itu indah...

ok la korang takat ni aje entry kali ni..
sorry la ya sekarang ni piqa tengah sibuk..
nak online pon tak ada masa bila dapat online plak internet ni problem lak...

semoga dengan kejadian diatas ni kita dapat sama-sama memperbetulkan segala yang kurang pada diri kita ni...
sedangkan orang yang bukan islam lagi ingin membaca al-Quran kita ni apa la lagi kan...


ok piqa undur diri dulu..
maafkan lah kalau ada silap dan tersalah kata.. :)
assalamualaikum :) 


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 5:45 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

  1. hamzah ian11 July 2011 at 10:42

    nak caye salah, tak caye salah

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. nursyafi6 August 2011 at 22:32

    yup itu terpulang pada diri org itu sendiri...
    tak salah kita nak caya atau tidak...
    tapi kadang tu saya sendiri pon cam was2 juga
    hehheeeee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (18)
    • ►  October (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (54)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)
    • ►  October (12)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ▼  July (6)
      • ramadhan kembali (~','~)
      • penatnya kenduri... :( :)
      • TONY BLAIR baca AL-QURAN setiap hari...????
      • contoh sifat pada bulan lahir??!! o,0
      • layan lagu terbaru CN.BLUE=LOVE GIRL... o,0
      • 3 hari orentasi...penat-penat..!!!!!
    • ►  June (8)
    • ►  May (3)
  • ►  2010 (2)
    • ►  September (2)

About Me

My photo
syafiqahbaharom
yahoooo..! sudah hampir untuk tamat kan pelajaran *haha ayat sedapkan hati* XOXO
View my complete profile





Simple theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights by syafiqahbaharom.blogspot.com