assalamualaikum :)
hai korang sihat ke...lebih kurang dah seminggu dah piqa x update blog...sebab apa?? sebab piqa pergi orentasi...sekarang ni dengan rasmi nya piqa adalah pelajar KPTM KL (Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur)..
pada hari isnin hari tu piqa telah pergi lapor diri disana dan pada hari itu orentasi tak start lagi besok nya baru start...
penat gila piqa nak cakap dekat korang...masa first day orentasi tu piqa and budak2 kena berkumpul pukul 6am, pastu kita orang semua kena berjalan kaki dari hostel kita orang ke kolej, jarak perjalanan nya boleh dikatakan hampir 2km kot(main hentam aje jarak ni..!! PERHATIAN!!! JARAK YANG TEPAT TIDAK DIKETAHUI...) hahahahaa.... fuh penat kan!!! kita orang tanya kat kakak FACILIATOR tu dia cakap 'jalan kaki ni untuk tunjuk dekat kita orang jalan untuk ke kolej bila berjalan kaki..' ha macam tu la kakak tu cakap..... bila dah sampai kolej memang puas gila ar hati ni dan paling piqa tak sangka PIQA BOLEH BUAT!!! walaupon penat gila.. :) lepas sampai sana kita orang diberikan taklimat oleh abang2 and kakak2 FACI tu...
lepas tu kita orang semua diarahkan untuk naik ke tingkat 5 tanpa mengunakan LIFT!! HA PENAT GILA KOT!!! dahsyat tak?? dengan badan piqa yang besar ni nak panjat tangga sampai tingkat 5??!!! fuh mahu tak pengsan piqa!!(hahhaahaa tapi tak pengsan pon..semangat kuat ni.. :) heheheee) sorry ye terisi bakul and angkat sendiri plak... :) ditingkat 5 tu kita orang diberikan taklimat serba sikit la (piqa nak cakap kat korang la yang penat gila duduk dalam dewan tu...sepanjang hari kot asyik duduk aje..kematu bontot abis ni ha...dan dalam dewan tu orang yang tak boleh duduk diam adalah piqa..sebab piqa asyik bergerak2 sebab dah lenguh gila badan ni..) bila tiba waktu makan tu memang piqa orang petama la bagung..(korang jangan salah sangka ek..piqa orang petama bagung sebab piqa dah lenguh sangat dah asyik duduk aje... :P makan minum semua diberi free sepanjang orentasi ni ek.. :P best tu..) dan semua aktiviti diatas kita orang lakukan selama 3 hari berturut2...
tpi ada satu aktiviti yang kita orang lakukan adalah turun ketingkat bawah dengan menutup mata dengan kain..TU DIA MACAM MANA NAK BUAT TU DARI TINGKAT 5 KE TINGKAT BAWAH??!!!...ha mesti korang terkejut kan..walau macam mana susah sekali pon piqa tetap buat juga tanpa ada sikit pon kecederaan.. memang piqa nak cakap la kalau buat aktiviti ni tanpa berkerjasama dengan orang lain memang tak akan pergi kemana-mana la dan apa yang kumpulan WONDERPETS tu cakap memang betul..'APA YANG PENTING??? KERJASAMA...!!!!' betul tak..??
nak kata penat tu memang penat gila la...
tapi dalam penat tu ada happy :) sebab sepanjang orentasi ni kita orang dihiburkan oleh kakak dan abang FACI kat situ..memang tak kering gusi la kita orang.. :p...dan kelawakan kakak dan abang FACI tu membuatkan piqa jatuh cinta..(jangan pikir lain tau..!!! (~',')...)...ya piqa jatuh cinta dengan kelawakan meraka tu dan sampaikan piqa kadang2 tu lupa terus dengan badan yang terasa letih ni... :) piqa tabik la dengan abang 'n' kakak FACI..!!!!
didalam gambar~~
cik yun, cik Is, abg Safuan, cik N, 'n' cik J
....................................
ha gambar kat atas ni diambil masa hari terakhir orentasi kita orang semalam...
yang ditengah sekali tu adalah abang FACI yang handel group piqa and yang lain2...ha cam ne comel tak abang tu??? sebab tu la boleh jatuh cinta(hahahhaa korang jangan caya tau piqa main2 aje ni.."kalau betul pon ape salah nya kan.." hahahhaaaa piqa main2 je la)
yang gadis-gadis(uh-hu..hehehehheee) tu adalah housemate piqa...
mana piqa??? la macam mana piqa nak masuk sekali sebab tak muat..hehehhee...tak de lah piqa tak ada dalam gambar tu sebab piqa yang tangkap gambar tu tapi pakai fon kawan la.. :P
ok la korang piqa chaww dulu ya..
piqa nak tidor and relax puas-puas.. :P
assalamualaikum ;)
(~','~)

No comments:
Post a Comment