-->

just me & U

orang jakun itu aku..?

assalamualaikum :)
apa khabar..?
dah lama piqa tak tanya khabar kan..
asalkan nak bercerita mesti bagi salam pastu mesti terus terjah dan bercerita..
hehheheee kali ni piqa telah mengigati diri piqa sendiri untuk bertanya khabar dekat korang..


hemmm...
korang mesti tak paham kan dengan tajuk entry ni...
atau korang kurang paham...
tak kisah la paham ke tak paham ke..


gambar yang piqa akan tunjukkan ini adalah
bila piqa keluar berkaroke dengan member2 piqa..
lepas karoke aje dia orang ajak masuk OLD TOWN..
kalau nak tau apa yang terjadi,
mari2 tengok gambar ni..


gambar ~ 1
masuk2 OLD TOWN piqa duduk and terus snap gambar menu ni..
huhuhuuu...


gambar ~ 2
disebabkan tak puasa snap gambar menu tu, 
piqa pulak nak bergambar tapi tetap
dengan menu tu juga...
hu..!! famous gila menu OLD TOWN malam tu..

 gambar ~ 3
sekarang korang dah paham dah dengan tajuk entry ni...?
mesti faham dengan jelas kan..
hahahahaaa

gambar yang akan datang ni pulak adalah..
gambar2 kawan piqa yang lebih kurang dipaksa bergambar oleh piqa...*hahahaaa banga sikit :)*

gambar ~ 4


 gambar ~ 5


 gambar ~ 6



gambar ~ 7



gambar ~ 8


p/s::maaf la ya gambar tak lawa sebab guna camera fon aje.. :)


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 9:00 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

berkat orang menunggu :))

assalmualikum :)


ermm piqa nak share sikit dengan korang ni..
hari sabtu hari tu abang piqa masuk hospital..
atas sebab2 tertentu..
dan dari hari sabtu itu sehingga hari ini piqa gan kakak piqa bermastautin di hospital ampang puteri ini..
dan hasil berkat menunggu piqa dapat hadiah :)
nak tau hadiah apa jom tengok gambar ni =>


gambar ~ 1
 hahaha ni la hadiah nye...
makanan yang dibawa oleh alang aka uncle malik

gambar ~ 2


p/s::maybe ini lah hasilnya buat orang yang ikhlas membantu orang yang sakit :) dan mari ramai2 kita saling bantu-membantu sesama kita agar kita mendapat ganjaran didunia mahu pon diakhirat :) (ini bukan bermaksud piqa suruh orang tolong-menolong untuk mendapat hadiah ya...)


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 8:04 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tidak Malu solat di STARBUCKS

assalamualikum :)


entry kali ni adalah tentang seorang lelaki berbangsa yahudi telah memeluk islam..
dan kisah ini juga piqa dapat dari abang piqa yang selalu piqa cakap tu...(ala yang selalu share2 benda macam2 kat e-mail tu..) bagi yang tak tau tu kena la wat2 tau.. :)
kalau nak tau lebih lanjut meh baca tulisan2 yang panjang lebar kat bawah ni.. :))


ceritanya begini =>


*****************



Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.

gambar ~ 1
Peter Casey

Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.

Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.

gambar ~ 2
Long Island tempat Casey dibesarkan

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.

"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.
gambar ~ 3

Pertentangan antara Yahudi dan 
Kristian memeningkan Casey


Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.

Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.

"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.

Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya.






saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 3:40 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

songket day :)

gambar ~ 1


 gambar ~ 2


 gambar ~ 3


p/s::korang jangan salah sangka tau ni bukan hari songket sedunia tau... tapi ni piqa gan geng-geng piqa aje saje-saje pakai... kalau ikutkan piqa tak nak pakai sebab nampak tak kegemukan yang terlampau disitu..? hahahaa nampak kan..!! sebab tu la piqa tak nak pakai tapi terpaksa..!!! heheheheee



saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 2:18 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Penghujung Cintaku

assalamualaikum :)
korang mesti dah tahu kan lagu terbaru Pasha UNGU 
dengan Adelia iaitu PENGHUJUNG CINTAKU..
so disebabkan piqa suka dengan lagu ni..
dan lirik ini juga amat menyentuh jiwa piqa :) :( 
dibawah ni piqa serta kan lirik lagu tu 
dengan video dia sekali.. 


lirik :))


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini t’lah ada yang miliki



Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu



Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu



Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri



Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu



Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu...



video :))






gambar :))

~~PASHA and ADELIA~~



saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 4:06 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

mandi wajib

assalamualilkum :)
semua umat islam mesti tahu kan cara2 atau apa itu mandi wajib...
so hari ini piqa nak kongsi sikit pasal mandi wajib ni dengan korang..
sebab apa..? sebab bila kawan piqa share dekat piqa.. 
so piqa rasa nak share kat korang la pulak..
korang mesti baca tau..
walaupon kisah ini piqa hanya copy and paste dr dia aje..*heheheee malu la*


gambar ~ 1

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].



saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 2:34 pm
2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

alahai korea... ~ 2

assalamualaikum :)


piqa nak tanya korang kenapa wanita-wanita di Malaysia ni
suka sangat tengok cerita korea termasuk lah piqa sekali..?
cuba korang pergi tanya kat kakak or adik or makcik or nenek korang
yang ada tengok drama-drama korea ni..
piqa rasa jawapan dia orang mesti macam ni::


1- muka dia orang handsome la..
2- sebab nak tau kisah sesebuah pencintaan tu..
3- hero-hero dia orang taf-taf aka body cantik
4- senyuman dia orang menawan la..
5- lelaki idaman aku..
6- dia orang buat aku rasa dicintai..
7- korang fikir la sendiri..
8- biar lah dah orang suka nak wat cam mana..
9- cerita dia orang lebih menarik dari cerita melayu
10- sebab aku rasa negara dia orang cantik *jawapan tak pasti*


jom layan jap gambar-gambar manis dia orang ni..


gambar ~ 1

 gambar ~ 2

gambar ~ 3



 gambar ~ 4

 gambar ~ 5

 gambar ~ 6

korang nampak tak kejelitaan wajah dia orang tu..
fuh..!!! dahsyat kan 
handsome beb..!!
gua pon terpikat..!!!
haaahahaa.....................


dan lelaki-lelaki di Malaysia mesti jeles dengan awek dia orang kan kalau awek dia orang selalu tengok actor-actor korea yang handsome-handsome tu..
dan dia orang mesti cakap cam ni::


1- apalah hebat sangat dengan dia orang tu
2- filem tempatan tak nak sokong
3- harap muka aje lawa peragai tak tau lagi
4- ala dia orang handsome pon sebab buat plastic sugery
5- suara dah la kasar or besar
6- kenapa la korang suka dekat dia orang yang suka jerit-jerit tu?
7- eleh dia orang bukan tau berlakon pon sebenarnya..
8- speking orang potih pon gagap-gagap aku speking lagi bagus
9- korang paham ke apa yang dia orang cakap..?
10- korang tau tak dia orang tak suka mandi sebab negara dia orang sejuk...


huhuhuuu...jap-jap korang percaya ke apa yang piqa cakap ni..?
kalau rasa tak caya cuba korang test tanya yer..


p/s::kalau ada yang tersalah or tak betul tu tolong jangan mara ye...ini adalah pendapat piqa and apa yang piqa nampak and dengar sendiri dari mata kepala piqa sendiri...so sorry pada mana yang rasa tak puas hati tu...


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 12:35 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

maybe terbaru??




assalamualikum :)
ok sekarang piqa nak bawak korang 
layan lagu korea yang maybe terbaru dari ZE:A
iaitu HERE I AM..
tapi bagi piqa lagu ini adalah yang terbaru dari dia orang..
so apa lagi jom layan la..
***********************


cam ne..?
best tak..?
best kan video klik dia menarik kan..
tambahan pulak dia orang ni handsome-handsome plak tu..
heheheee
kat bawah ni pulak gambar dia orang..


gambar ~ 1

 gambar ~ 2


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 11:05 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

alahai korea... ~ 1

assalamualaikum :)


sekarang ni piqa ada hobi baru...
eh bukan hobi baru tapi hobi lama datang balik..
hobi lama tu ialah menonton cerita-cerita korea..
kenapa..? entah la nak cakap..
mungkin sebab drama korea tu romantik dan jalan cerita cinta dia orang best..
itu adalah bagi pendapat piqa la...
kalau orang lain tak tau la.. maybe sama aje kot..
atau mungkin disebabkan wajah dia orang yang comel-comel tu.. :) *tengah bayangkan*


korang tau tak antara cerita korea yang famous sekarang ni..?
kalau tak tau meh piqa tunjuk meh..

gambar ~ 1
::BOYS OVER FLOWERS

gambar ~ 2
::SECRET GARDEN

 gambar ~ 3
::PLAYFULL KISS

 gambar ~ 4
::CITY HUNTER

gambar ~ 5
::YOU ARE BEAUTIFUL

gambar ~ 6
::PERSONAL TASTE

p/s:: kalau korang nak tau kenapa cerita kat atas ni famous korang cuba la tengok sendiri cerita kat atas-atas ni..garenti korang pon akan jadi cam piqa asyik nak tengok aje drama-drama dia orang ni..and lagi satu maybe dapat jumpa hero-hero ni dlm mimpi..hekhekhek*sebab pernah mimpi jumpa dia orang la sebab tu ckp cam tu*




saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 12:18 pm
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bini Biniku Gangster Trailer

assalamualikum :)
jom kita layan citer ni dekat wayang jom.. :)
sebelom tu jom baca synopsis dia dulu..

gambar ~ 1

SYNOPSIS =>
Manja (Yana Shamsudin) dan Herry (Shaheizy Sam) adalah sepasang suami isteri yang romantik dan saling menyayangi. Tanpa pengetahuan Herry, Manja ialah seorang ketua kumpulan gangster. Sedaya upaya Manja menyembunyikan identitinya daripada Herry. Perkahwinan mereka yang berusia 2tahun masih belum dianugerahkan cahaya mata disebabkan kemalangan yang pernah dialami oleh Manja. Manja melamar Reanna (Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry untuk menjadi madunya. Walaupun redha, namun jauh disudut hatinya ada perasaan cemburu melihat kemesraan suaminya bersama isteri baru. Maka berlaku konflik antara Manja dan Reanna sehingga satu hari Herry hilang diculik oleh Min Siam.






saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 11:34 am
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

perangkap nyamuk

assalamualikum...
bagi sesiapa yang ada masalah dengan nyamuk..
jom tengok apa yang piqa nak tunjuk ni...
tengok betul-betul tau..
pastu jom kita test sama-sama ok :)



 ****************
Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.

Ok kali ni isu hangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

*Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi

6. Kertas atau kain hitam

*Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.


3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.

6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.

*******************
korang dah tengok kan so apa lagi jom ramai-ramai test benda ni.. :)


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 10:56 am
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (18)
    • ►  October (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (54)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)
    • ▼  October (12)
      • orang jakun itu aku..?
      • berkat orang menunggu :))
      • Tidak Malu solat di STARBUCKS
      • songket day :)
      • Penghujung Cintaku
      • mandi wajib
      • alahai korea... ~ 2
      • maybe terbaru??
      • alahai korea... ~ 1
      • Bini Biniku Gangster Trailer
      • perangkap nyamuk
      • sungguh x sangka...?!
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (6)
    • ►  June (8)
    • ►  May (3)
  • ►  2010 (2)
    • ►  September (2)

About Me

My photo
syafiqahbaharom
yahoooo..! sudah hampir untuk tamat kan pelajaran *haha ayat sedapkan hati* XOXO
View my complete profile





Simple theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights by syafiqahbaharom.blogspot.com