assalamualikum...
hai korang.. :) sekarang ni mesti korang tengah happy kan sambut hari bapa dengan ayah korang..
wah! bestnya! kenapa piqa cakap macam tu? sebab piqa sudah tidak mempunyai ayah :(,,, ayah piqa sudah lama pergi ke rahmatullah sejak piqa kecil lagi..family piqa cakap ayah piqa meninggal dunia ketika piqa berusia 6bulan..
hemm kecil lagikan time tu..nak kata ada kenangan tu xtau la sebab masih kecik kan so dah tak ingat langsung...piqa memang berharap sangat ada kenangan dengan ayah..kadang2 tu piqa pernah jeles tau tengok orang lain ada ayah, ayah dia orang bawak gi jalan la..main sekali dengan dia orang la..jalan2 dengan ayah sambil pegang tangan..ayah dokongkan kita bila kita letih,hemm macam2 lah..
Dan kadang2 tu bila ada majlis kat sekolah yang memerlukan kehadiran ibubapa, piqa sedih sangat sebab tak ada sapa2 yang datang, emak piqa kerja so x dapat la dia nak datang jadi piqa kat sekolah tu sorang2 la..pastu ada pulak budak2 yang busuk hati ni duk ejek piqa!! kata mereka mak dan ayah piqa tak sayangkan piqa..
percaya ke tak? nama pun budak2 time tu kan mesti la piqa caya..hahahaaa(kelakar juga bila pikir2 kan balik :P)..tapi sekarang piqa dah dapat terima hakikatnya..(kadang2 terasa juga nak buat benda2 tu..heheee :P)..
Piqa harap korang yang masih ada perluang tu hargai la sebaik-baiknya ok..! jangan sekali-kali sakitkan hati ayah kita tu...buat korang yang pernah buat apa yang piqa inginkan tu cuba korang buat lagi :) walaupun kita dah besar tak semestinya kita tak leh jalan2 pegang tangan dengan ayah :)
cuba la korang buat lagi dan kenangan dengan ayah korang akan bertambah dan kenangan dengan ayah bukan setakat waktu kita kecil2 dulu >,<.......
ok takat ni aje entry hari bapa ni...tata..
SELAMAT HARI BAPA... :) :P
No comments:
Post a Comment