-->

just me & U

apa nak jadi dengan pak aji ni ??

assalamualaikum dan salam jumaat.. :) 
semua sihat ke?? kalau sihat meh piqa nak share cerita sikit dengan korang apa yang terjadi semalam..*kiranya ni macam luahkan perasaan sikit la..*

******************
let's begin..*heheheee*
kisahnya bermula bila piqa dan my sis keluar untuk menguruskan sesuatu hal, dalam perjalanan tu tiba-tiba aje jem *mungkin jem disebabkan lampu isyarat atau disebabkan budak-budak gah balik sekolah..entah piqa pon tak tau la*...masa dah berhimpit-himpit dalam jem tu adalah sebuah kereta ni *nak kata kereta macam bukan kereta, nak kata van pon boleh la juga..mana-mana lah yang korang boleh bayangkan* :)..kereta ni nak kata baru aje beli boleh la juga sebab dari pandangan mata piqa memang tu kereta baru...dengan warna emas berkilat-kilaunya *ala-ala kereta baru la ni*..mungkin mata piqa aje kot yang rasa tu kereta baru..ok kembali pasal jem! masa jalan tengah jem tu kereta yang berkilat-kilau ni menunjukkan peragai yang paling buruk dekat atas jalan raya..!! nak tau sebab apa? sebab jalan yang piqa lalui itu jalan lama..jalan tu dari dua laluan menjadi satu laluan dan kereta yang berkilat-kilau tu tanpa segan silunya menunjukkan peragainya dengan membuntuti lori yang membawa muatan panjang itu dengan sedekat-dekat yang boleh la..boleh dikatakan kalau buatnya lori tu tetekan break secara mengejut dah confirm-confirm la kereta tu cium bontut lori tu *sorry bahasa macam kasar sikit*...dan paling yang tak sangkakan orang yang bawak kereta tu pak aji..dengan serban atas kepala semua bagai tapi tunjuk peragai yang macam tu...dah sah-sah peragai pak aji tu membuatkan orang akan pandang hina!! dan disebabkan jalan akan jadi satu so apa salahnya dia biarkan kereta lain masuk dihadapannya itu...dan disebabkan dia kereta disebelah kanannya itu sudah memasuki ke laluan arah bertentangan..kalau apa-apa jadi dekat kereta tu macam mana? hai pak aji ni tunjuk la peragai baik sikit!! waktu my sis nak masuk depan dia pon dia tak bagi..suka sangat pak aji tu duduk belakang lori tu...
hemm tu la manusia zaman sekarang..asyik pikirkan diri sendiri aje..orang yang disekelilingnya langsung tak pandang..kalau pon kita nak cepat sampai ke destinasi nya biarlah dengan selamat dan aman...
..masa piqa dalam kereta my sis... piqa tak abis-abis duk pokpek pokpek pasal kereta yang berkilat-kilau tu....sampai ada satu ayat tu piqa cakap 'kalau nak sampai cepat pon jangan la sibuk nak duk ikut bontut lori tu..' hem itu la yang piqa cakap..pastu my sis sambung pulak..dia cakap cam ni 'kalau sampai cepat ke destinasi nya tak apa la...jangan sampai cepat ke Allah sudah..'...hemm bila piqa pikirkan balik ada betul juga..manusia zaman sekarang ni asyik pikir nak sampai cepat aje tanpa pikirkan keselamatannya sendiri..huhuhuhuuu....
dahsyat betul la kelakuan orang zaman sekarang...
piqa just nak kongsi kat sini bahawa 'pandu cermat jiwa selamat' *hahahaaa..ada macam iklan keselamatan jalan raya tak?* dan korang jangan pulak bawak kereta macam pak aji tu pulak, tak ada moral dan akan mengundang bahaya pada orang lain...
alhamdulilah la piqa and my sis selamat pergi dan balik ke destinasi kami tu...dan syukur kepada-Nya sebab perjalanan kami semalam berjalan dengan lancar kecuali kes pak aji tu..!!!

gambar ~ 1
Go to fullsize image
korang..kalau korang ada jumpa tanda2 ni sila patuhi ya...
jangan jadi cam pak aji tu..!!!

gambar ~ 2
Go to fullsize image
korang kalau korang jumpa tanda ni plak sila baca ya...
hehheheeee :)

********************
dan dihari jumaat ini piqa nak menyeru korang agar berhemah dijalan raya and
yang penting pandu cermat jiwa selamat :P
*iklan ini ditaja keseluruhannya oleh...kereta my sis*

ok :) korang chaww dulu..
hahahhaaa..... :)*senyum sokmo*
assalamualaikum >,<


saya saje nak bagi tahu awak *_*

seribu kata kata by syafiqahbaharom di 12:44 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (18)
    • ►  October (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ▼  2011 (54)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)
    • ►  October (12)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (6)
    • ▼  June (8)
      • kisah sweet sangat :)
      • tahniah SEPAH..!! korang terbaik...
      • apa nak jadi dengan pak aji ni ??
      • Kisah Benar dan Seram: Rumah Hantu Kak Limah di Se...
      • rumah x de air...!!!
      • seminggu diet??
      • selamat hari bapa..
      • entah apa nak jadi...
    • ►  May (3)
  • ►  2010 (2)
    • ►  September (2)

About Me

My photo
syafiqahbaharom
yahoooo..! sudah hampir untuk tamat kan pelajaran *haha ayat sedapkan hati* XOXO
View my complete profile





Simple theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights by syafiqahbaharom.blogspot.com