assalamualikum
hari ini bersamaan 1 DECEMBER 2011
sebuah filem yang di adaptasi kan oleh sebuah novel
karya FAUZIAH ASHARI iaitu OMBAK RINDU.
novel ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca novel
beberapa tahun yang lalu.
dan sekarang novel ini telah difilem kan oleh OSMAN ALI.
antara pelakon filem OMBAK RINDU ni ialah
MAYA KARIN, AARON AZIZ, LISA SURIHANI dan BRONT PALARE
kat bawah ni piqa ade letak video trailer OMBAK RINDU...
~~VIDEO~~
~~POSTER~~
~~SYNOPSIS dr NOVEL~~
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

p/s:: kalau nak tahu lebih lanjut kena la tengok filem ombak rindu ni or baca novel ni...
No comments:
Post a Comment